Advertisements
Dua Individu Dari Barcelona Jadi Tumpuan Aksi India & Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Kemunculan dua individu kelahiran Barcelona, Sepanyol pada aksi persahabatan antarabangsan di antara India dan Malaysia pada 18 November ini bakal menjadi tumpuan.

Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente dan jurulatih India, Manolo Marquez merupakan dua jurulatih yang berasal dari Barcelona.

Biarpun kedua-duanya dilahirkan di bandar Barcelona, namun hanya Pau Marti yang mempunyai pengalaman bersama kelab Barcelona sepanjang karier kejurulatihannya.

Untuk rekod, Pau Marti pernah menjadi penolong pengurus skuad bawah 18 tahun Barcelona dari tahun 201 sehingga 2021 selain pernah menjadi pembantu jurulatih skuad B Barcelona.

Berbeza dengan Manolo yang banyak mengendalikan kelab kurang ternama sebelum berkelana ke Asia dengan kelab Thailand, Ratchaburi menjadi kelab pertamanya di Asia.

Dengan India dan Malaysia bakal bertemu, ianya sudah pasti menjadi perhatian ramai bagaimana taktikal yang mahu diterapkan oleh Pau Marti dan Manolo Marquez dalam perlawanan tersebut.

Manolo yang baru dilantik menjadi jurulatih India pada Julai 2024 sudah melalui tiga perlawanan bersama skuad kebangsaan namun ianya berakhir dengan satu seri dan dua kekalahan.

Manakal Pau Marti sudah pastu mahu membawa pasukan kendaliannya kembali bangkit selepas tewas besar 0-4 kepada New Zealand, 14 Oktober lalu.

Sebelum menghadapi India, Malaysia bakal bertemu Laos terlebih dahulu di Thailand yang dijadualkan pada 14 November ini.