Aksi persahabatan Tier 1 berakhir dengan New Zealand mengatasi Malaysia dengan keputusan 4-0.
Skuad kendalian Pau Marti memberikan ruang kepada beberapa pemain muda seperti Harith Haiqal, Nooa Laine dan juga Arif Aiman sementara tuan rumah turun tanpa kelibat penyerang utama Chris Wood.
Pertukaran awal terpaksa dilakukan oleh skuad kebangsaan apabila penyerang negara, Darren Lok mengalami kecederaan dan terpaksa ditukar dengan Akhyar Rashid.
New Zealand memiliki dua peluang keemasan menerusi tandukan namun tidak berjaya menembusi gawang gol yang dikawal oleh Ahmad Syihan Hazmi.
Peluang terbaik Malaysia hadir menerusi serangan Arif Aiman namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol New Zealand.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, New Zealand kembali mendapat rentak apabila membuka tirai jaringan hasil tolakan mudah penyerang, Elijah Just pada minit ke-54.
Dominasi All-Whites sukar dikekang skuad kebangsaan apabila bolos kali kedua hasil sepakan Matthew Garbett selang 8 minit.
Penyerang berbisa New Zealand, Chris Wood meledak gol ketiga menerusi satu tandukan untuk memastikan kemenangan milik tuan rumah sebelum Kosta Barbarouses menambah jaringan keempat.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Keputusan tamat memihak New Zealand 4-0 ke atas Malaysia.