Dua Kelab Liga Super Intai Khidmat Aidil Sharin
Liga Super
Persikabo 1973
Advertisements

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak kini menjadi sasaran dua kelab Liga Super untuk dibawa sebagai jurulatih.

Aidil sebelum itu sah meninggalkan kelab lamanya di Indonesia, Persikabo semalam atas sebab keluarga.

Mengikut perkongsian Syafiq Freman, dua pasukan itu ingin memberinya peluang kembali menabur bakti di Malaysia selepas meraih kejayaan bersama KDA FC sebelum ini.

Advertisements

Salah satu pasukan yang dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya ialah kelab dari Sarawak, Kuching City FC. Ini berdasarkan ciapan wartawan The Star, T. Avineshwaran hari ini.

Kuching City FC tidak mempunyai jurulatih selepas Irfan Bakti Abu Salim meninggalkan pasukan pada minggu lepas susulan kemerosotan prestasi Kuching City FC dalam Liga Super musim ini.

Advertisements

Dengan Il Gatto ketika ini dilatih oleh jurulatih sementara Firdaus Morshidi, pengurusan kelab pastinya mencari seorang jurulatih yang dapat membantu mereka keluar dari kelompok tercorot liga.

Pada masa sama, Aidil tidak menolak peluang kembali melatih pasukan di Indonesia sekiranya masih diberi peluang oleh kelab-kelab di sana.

Advertisements

“Insya Allah saya akan kembali ke Indonesia apabila masih ada kesempatan dari klub di sana,” kata bekas jurulatih Home United itu kepada MakanBola Indonesia.

Semasa bersama KDA FC, Aidil membantu Sang Kenari menjulang Piala FA pada musim 2019.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram