Ads
Liga Super
Collins

Perkhabaran kurang menyenangkan buat pasukan di Liga Super 2023 apabila beberapa pemain dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan lebih awal.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan secara eksklusif oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam tentang perkara yang tidak enak didengari oleh peminat bola sepak tanah air.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengenai beberapa kelab di Liga Super yang berdepan kekangan kewangan untuk membayar gaji pemain dan barisan kejurulatihan.

Advertisements

Advertisements

“Bukan satu tetapi dua pemain dah terminate contract lebih awal, both pertahanan skuad Liga Super dan dua pemain skuad B23 dan akan disusuli beberapa pemain lagi.”

Sebelum ini, wartawan The Star, T. Avineshwaran memaklumkan bahawa pertahanan kental Kedah Darul Aman, Rodney Kelvin akan meninggalkan pasukan lebih awal secara persetujuan bersama.

Advertisements

Beliau dijangka akan menyertai Kuching City dan kembali bergabung di bawah kendalian Aidil Sharin di sana.

Advertisements

Penganalisis bebas sukan tanah air, Piang Shankly juga pernah memberi bayangan awal terdapat hampir separuh daripada kelab di Liga Super yang berdepan masalah gaji ketika ini.


Perkhabaran ini juga pasti merencatkan perjalanan pasukan menjelang penghujung saingan liga dan juga Piala Malaysia 2023.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram