Advertising
Dua Pemain Harimau Malaya Raih Debut Bermakna
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Dua pemain Harimau Malaya, Jimmy Raymond dan G. Pavithran pastinya tidak akan melupakan aksi menentang Kemboja.

Aksi pertama Kumpulan A ASEAN Championship 2024 itu merupakan aksi di mana dua pemain berkenaan diberi penampilan pertama oleh pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente.

Ad

Jimmy diberi kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama sebagai bek kanan. Pavithran pula masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-90 menggantikan pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin.

Ad

Aksi yang berlangsung pada 8 Disember lalu itu menyaksikan Malaysia diikat 2-2 oleh Kemboja. Wilkin meletakkan Malaysia di hadapan pada separuh masa pertama.

Kemboja kemudiannya mendahului menerusi gol Abdel Kader Coulibaly dan Sa Ty. Gol penyamaan Harimau Malaya yang dijaringkan Fergus Tierney cukup istimewa pada hari itu.

Ad

Ini kerana selain membantu Malaysia meraih satu mata, itu juga gol sulung penyerang berdarah Scotland itu bersama Harimau Malaya.

Ad

Selepas aksi menentang Kemboja, ramai pemain baru Harimau Malaya terutama pemain muda dijangka menanti peluang untuk mengikut jejak Jimmy dan Pavithran.

Ad

Antara pemain yang berpeluang berbuat demikian ialah Muhammad Abu Khalil, Aiman Hakimi Othman, Daryl Sham K.K George, Najmudin Akmal Kamal Akmal dan Haziq Aiman Mohd Esa.

Justeru, aksi kedua Kumpulan A menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 11 Disember ini bukan saja peluang buat Harimau Malaya meraih kemenangan.

Malah, ini juga peluang buat penyokong negara melihat pemain muda berpeluang membuat kemunculan pertama dalam aksi berkenaan.