Advertising
Dua Pemain Kelas EPL Nafi Keturunan Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
BFC/NUFC

Dua pemain berkelas Liga Perdana Inggeris (EPL) menafikan bahawa mereka berketurunan Malaysia.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan pengesahan oleh bintang Newcastle United iaitu Isaac Hayden.

Ad

Situasi ini berpunca selepas laman pencari bakat Frfuturetalents melaporkan bahawa pemain berusia 29 tahun itu memiliki pertalian darah dengan Malaysia selepas neneknya berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah.

Ad

Pemain berusia 29 tahun kelahiran Chelmsford, England menafikan khabar angin yang mengaitkannya dengan Malaysia selain telah memilih untuk beraksi bersama Jamaica pada peringkat antarabangsa November lalu.

“Malaysia adalah sebuah tempat yang menakjubkan, tetapi saya tidak mempunyai sebarang warisan di sana, jadi saya tidak boleh bermain untuk negara tersebut.

Ad

“Jadi, sila berhenti menandai atau menyebut tentang saya dalam hantaran berkaitan perkara ini. Terima kasih,” kata Hayden lagi di ruangan komen.

Ad

Khabar terbaru dibawakan oleh kapten Burnley FC, Josh Brownhill yang memaklumkan bahawa beliau juga tidak memiliki salasilah keturunan Malaysia.

Ad

“Sekadar ingin menangani situasi beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris dan saya bukan warga Malaysia seperti yang mungkin difikirkan oleh sesetengah orang.

Pemain berusia 29 tahun itu juga hairan khabar angin yang timbul mengaitkan dirinya namun tetap menghargai sokongan yang diterimanya.

“Saya tidak pasti bagaimana semua ini bermula tetapi saya mahu menjelaskannya. Tetapi terima kasih atas sokongan tidak kira,” katanya di Instagram Story miliknya.

Setakat ini, masih tiada perkembangan terbaru mengenai mana-mana pemain warisan luar negara yang berpotensi untuk mewakili Harimau Malaya.