Advertising
Isaac Hayden Pilih Beraksi Untuk Jamaica
MakanBola
Newcastle United/MakanBola

Pemain tengah Newcastle United, Isaac Hayden kembali menjadi sebutan penyokong pasukan itu apabila memilih mewakili Jamaica.

Ini selepas namanya tersenarai dalam pasukan The Reggae Boyz oleh bekas jurulatih Manchester United, Steve McClaren untuk dua aksi suku akhir Liga Negara-Negara CONCACAF pada November lalu.

Ad

McClaren dibawa masuk Persekutuan Bola Sepak Jamaica (JFF) untuk merealisasikan impian Jamaica untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.

Ad

Jurulatih berusia 63 tahun itu melihat pengalaman luas yang dimiliki Hayden dapat membantu The Reggae Boyz di peringkat antarabangsa.

“Kita ada Isaac Hayden, saya fikir JFF cuba mendapatkannya sejak beberapa tahun. Saya ada berhubung dengannya sebanyak dua atau tiga kali sejak saya menerima tugas ini.

Ad

“Beliau terdesak untuk bermain kerana beliau kini berada di peringkat dalam kariernya di mana beliau perlu bermain dan ini salah satu cara beliau boleh melakukannya,” kata McClaren kepada Jamaica-Gleaner.

Ad

McClaren melihat pemain tengah berusia 29 tahun itu mampu menjadikan pasukan itu lebih mantap sebagai pemain tengah bertahan yang berkualiti.

Ad

“Beliau merupakan penambahan terbaru kepada skuad kita sebagai pemain nombor enam tulen (pemain tengah bertahan) yang sudah beraksi di tahap teringgi di posisi berkenaan,” tambahnya.

Hayden beraksi sebanyak dua kali untuk aksi menentang Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan pertama sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua pada 15 November lalu.

Ini disusuli kemunculan pertamanya dalam kesebelasan utama The Reggae Boyz pada 19 November lalu. Kedua-dua aksi itu menyaksikan Jamaica tewas 5-2 kepada Amerika Syarikat secara agregat.

Meskipun kecewa tidak dapat membantu Jamaica meraih kemenangan, Hayden percaya ini merupakan permulaan kepada usahanya membantu pasukan itu ke Piala Dunia.

“Bukan keputusan yang kita mahukan tetapi gambaran besarnya sudah ada untuk kita fokus. Rasa gembira untuk mewakili Jamaica dan bergabung dalam kumpulan pemain dan staf yang hebat.

“Ini hanya permulaan kepada pengembaraan kita dan dengan lebih banyak masa dan (peningkatan tahap) kecergasan, ia akan jadi lebih baik,” katanya di Instagram.

Selain memiliki darah Jamaica, bekas pemain tengah Norwich City itu turut dilaporkan memiliki darah Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Hayden merekodkan 171 penampilan, tujuh gol dan 10 bantuan gol sejak menyertai The Magpies pada 2016.

Graduan akademi Arsenal itu dijangka meninggalkan St. James Park dalam tetingkap perpindahan Januari 2025. Sekiranya perkara itu berlaku, khidmat Hayden diintai beberapa kelab seperti Watford, West Brom dan QPR.