Advertisements
Dua Pemain Luar Negara Perkuat Malaysia Ke Qatar
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang bakal menggalas tugas negara menjelang aksi Piala Asia di Qatar pada Januari tahun hadapan.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ketua jurulatih, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk mengekalkan 22 orang pemain daripada 25 pemain yang dipanggil tempoh hari.

Beliau juga memilih untuk menampilkan muka baharu seperti penyerang naturalisasi negara, Romel Morales selain kepulangan pemain seperti Natxo Insa, Syamer Kutty dan juga Khuzaimi Piee.

Harimau Malaya juga bakal mengharungi aksi persahabatan di Qatar dengan Syria sebelum mengharungi aksi pertama menentang Jordan pada 16 Januari 2024.

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu pemain Buriram United, Dion Cools dan juga Junior Eldstal yang kini berkelana di Indonesia.

Dua watak pertahanan ini amat penting dalam percaturan Kim Pan-gon dengan Junior sudah memainkan peranan penting ketika aksi persahabatan di Terengganu pada bulan Jun lalu.

Dion Cools menjadi tunjang utama pada bahagian pertahanan jaguh Thailand itu apabila beraksi hampir 20 perlawanan musim ini.

Kapten Malaysia itu mengakui bahawa beliau sentiasa membawa semangat positif dan optimis membantu skuad kebangsaan setiap kali dipanggil.

Junior pula telah beraksi sebanyak 5 perlawanan di Liga 1 Indonesia bersama Dewa United dengan kecemerlangannya beraksi bersama Harimau Malaya membuatkannya terus menjadi pilihan untuk negara.

Malaysia akan membuka tirai berdepan Jordan dengan hasrat untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan kalah mati kejuaraan berprestij Asia tersebut.