E. Elavarasan Minta Bersabar & Percaya Kepada Proses
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih B-23 negara, E. Elavarasan berharap agar para penyokong percaya kepada proses yang sedang dilalui pasukan muda negara.

Beliau ketika ditemu bual di Stadium Cheras ketika sesi latihan pasukan muda negara sedang berusaha gigih bagi mempersiapkan pasukan.

Advertisements

Katanya, seluruh fokus kini terarah kepada persembahan skuad muda Malaysia yang bakal bersaing di Kelayakan Piala Asia U23 di Thailand.

Baginya, beliau mengambil maklum prestasi Malaysia U23 dalam dua siri kejohanan sebelum ini yang kurang memuaskan.

Advertisements

Jurulatih berusia 60 tahun ini bagaimanapun yakin mereka sudah pun belajar sesuatu untuk ditambah baik dalam kejohanan ini.

Katanya, setiap pasukan yang melalui detik sebegitu pasti akan belajar sesuatu dan membaikinya untuk meningkatkan kualiti pasukan.

Advertisements

“Saya sudah menjadi jurulatih profesional sudah lama. Mungkin pada pandangan penyokong lain, tetapi bagi kami setiap ‘end result’ dan proses tu penting.”

“Apa yang plaing penting ialah pertandingan ini dan kami akan memberikan perhatian sepenuhnya,” jelasnya dalam sidang media hari ini.

Advertisements

Beliau juga yakin proses ini membantu pasukan untuk kembali ke landasan terbaik bagi berdepan cabaran lawan yang cukup hebat di Thailand.

Bagi saingan Kumpulan H pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 itu, Malaysia akan berdepan Bangladesh pada Rabu, 6 September 2023, Filipina pada Sabtu, 9 September 2023 dan tuan rumah, Thailand pada Selasa, 12 September 2023, dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.

Advertisements

News Comments Account