Edgar Baldasso: Tiada Yang Mustahil Buat Selangor
UltraSukan
Selangor FC Futsal
Sponsors

Pengendali skuad futsal Selangor FC, Edgar Baldasso menyifatkan pasukannya memiliki peluang bergelar juara Malaysia Futsal Cup 2024.

Selangor berjaya layak ke final meskipun diikat Pahang Rangers FC 4-4 dalam aksi separuh akhir kedua pada 28 September lalu. Ini kerana Merah Kuning mara dengan keputusan agregat 9-7.

Ad

Kini, Selangor berdepan tugas sukar kerana yang menanti mereka di final ialah juara Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Ad

JDT berjaya mara ke final selepas menyingkirkan KL City FC di peringkat separuh akhir dengan keputusan agregat 9-2.

Meskipun mengakui ini tugas mencabar buat anak buahnya, Baldasso melihat tiada yang mustahil buat Selangor. Ini kerana apa saja boleh berlaku di pentas final.

Ad

“Perkara yang paling penting ialah berada pada detik (final) ini. Ini final pertama saya di Malaysia. Saya tiba di Malaysia pada 2012, pada perlawanan terakhir musim.

Ad

“Dan ini perlawanan yang paling penting, kan? Kita kena konsisten bila bermain, ada banyak perkara perlu diusahakan. Jadi, esok jika boleh kita dapat melakukan langkah seterusnya dengan melonjak ke hadapan, itu sudah bagus.

Ad

“Kita sekarang tunggu prosesnya dan ya, ia tidak mustahil (buat Selangor),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan final Malaysia Futsal Cup 2024.

Selangor dan JDT bakal berentap di Axiata Arena pada 6 Oktober ini. Manakala Pahang Rangers dan KL City pula akan berentap untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.