EFL Cup: Newcastle United Juara Kali Pertama, Hampakan Liverpool
MakanBola
Newcastle United FC
Sponsors

Perlawanan akhir EFL Cup 2024/2025 menyaksikan Liverpool gagal mempertahankan kejuaraan apabila tumbang di tangan Newcastle United.

Turun dengan status sebagai juara bertahan, Liverpool hadir ke final dengan misi penting menambah kejuaraan ke-11 EFL Cup tatkala Newcastle United mahu memburu gelaran juara pertama.

Ad

Kesebelasan utama Liverpool tempang tanpa khidmat Trent Alexander-Arnold di posisi bek kanan tatkala Alexander Isak menjadi taruhan Newcastle United bagi menembusi gawang lawan.

Ad

Penguasaan bola jelas memihak pasukan Liverpool sejak awal permainan namun masih gagal melakukan sebarang percubaan merbahaya ke arah gawang Newcastle United.

Ad

Sebaliknya, The Magpies terlebih dahulu di hadapan hasil jaringan pertahanan kiri, Dan Burn yang menanduk masuk tendangan penjuru oleh Kieran Trippier pada minit ke-45.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Liverpool 0-1 Newcastle United.

Ad

Kembali dari rehat, gawang Liverpool bolos untuk kali kedua apabila penyerang berbisa, Alexander Isak merembat deras bola hasil tandukan Jack Murphy dan menewaskan Kelleher.

Hasrat Liverpool bagi menjaringkan gol pertama akhirnya jadi kenyataan menerusi jaringan Federico Chiesa namun sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Newcastle United.

Aksi di Stadium Wembley berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Newcastle United.

Ini adalah kejuaraan EFL Cup sulung untuk Newcastle United setelah gagal dalam dua percubaan sebelum ini pada musim 1975-1976 dan 2022-2023.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments