Detik gol yang dijaringkan oleh pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim kembali menjadi sebutan orang Asia.
Laman AFC Asian Cup kembali membuat ulang tayang mengenai aksi antara Malaysia dan Korea Selatan dalam pertemuan di Piala Asia B-23.
Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya mencipta kejutan untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.
Menerusi hantaran oleh laman AFC tersebut, Faisal dirakam berjaya untuk memperdaya salah seorang pertahanan terbaik dunia, Kim Min-jae sebelum menewaskan penjaga gol Taeguk Warriors, Jo Hyeon-woo.
Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya berjaya menamatkan kempen di Qatar dengan satu mata.
Gol yang dijaringkan oleh anak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu telah dinobatkan selaku gol terbaik di Piala Asia 2023.
Keadaan Faisal Halim bagaimanapun menjadi tumpuan dunia ketika ini selepas beliau diserang oleh individu misteri dengan menggunakan Asid.
Pemain berusia 26 tahun itu kini menjalani pemulihan di salah sebuah hospital di Shah Alam dan sudah pun menjalani beberapa pembedahan termasuklah implan kulit.
Faisal difahamkan perlu berehat daripada bola sepak sekitar 3-6 bulan sekaligus terlepas peluang untuk membantu Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.
Video: Gol Faisal Halim vs Korea Selatan