Endrick dos Santos Kembali Ke Pangkuan JDT
MakanBola
Ho Chi Minh City FC

Pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Semakan di Transfermarkt mendapati pemain tengah berusia 30 tahun itu kembali ke JDT selepas tamat tempoh pinjaman bersama Ho Chi Minh City FC (HCMC FC).

Sepanjang tempoh Endrick bersama kelab Vietnam itu, beliau merekodkan 24 penampilan, dua gol dan lima bantuan gol.

Bekas pemain Penang FC itu turut membantu HCMC menamatkan kempen V. League 1 di tangga ke-10 dengan 28 mata.

Endrick bukan satu-satunya pemain Liga Malaysia (Liga M) yang menamatkan tempoh pinjaman bersama HCMC. Penyerang Sabah FC, Joao Pedro turut meninggalkan HCMC selepas tamat tempoh pinjaman.

Pedro yang tiba secara pinjaman pada Februari lalu merekodkan 10 penampilan dan tiga gol bersama kelab itu.

Selain Endrick, Chico Geraldes dan Nicolao Cardoso juga kembali menyertai JDT selepas melengkapkan tempoh pinjaman masing-masing.

Geraldes beraksi untuk kelab Australia, Wellington Phoenix. Cardoso pula kembali dari Indonesia selepas beraksi untuk kelab PSS Sleman.