Endrick Ingin Cabar Diri Di Vietnam
MakanBola
Ho Chi Minh City FC
Sponsors

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Endrick dos Santos melihat perpindahannya ke liga Vietnam sebagai peluang menguji keupayaan sebagai pemain.

Baru-baru ini, pemain tengah berusia 29 tahun itu menyertai kelab V. League 1, Ho Chi Minh City FC secara pinjaman selama semusim.

Ad

Perpindahan Endrick disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards dan pengurusan Ho Chi Minh City. Ini menjadikan pemain tengah berdarah Brazil itu sebagai pemain Malaysia pertama mewarnai saingan liga Vietnam.

Ad

Endrick melihat saingan V. League 1 lebih mencabar berbanding saingan Liga Super. Ini disebabkan status Vietnam sebagai antara jaguh bola sepak rantau Asia Tenggara.

Pada masa sama, beliau melihat ini bukan saja peluang mencabar dirinya bersaing di bumi Vietnam. Malah, Endrick berharap dapat membantu Ho Chi Minh City lebih cemerlang untuk kempen 2024/25.

Ad

“Saya mengambil kesempatan menonton persembahan pasukan di YouTube. Musim lalu, Ho Chi Minh City bermain dengan baik dan saya berharap tahun ini pasukan akan terus kekal cemerlang untuk meraih lebih banyak kejayaan.

Ad

“Terdapat ramai rakan yang tahu tentang bola sepak Vietnam, jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya dengan mereka. V-League liga yang lebih sukar berbanding (Liga Super) Malaysia tetapi (Liga Super) Malaysia semakin berkembang dan semakin kuat.

Ad

“Begitu juga dengan pasukan Malaysia. Sekiranya saya berpeluang bersaing dengan pasukan Vietnam, ini akan menjadi cabaran besar bagi saya dan pasukan saya,” katanya kepada portal Tuoi Tre.

Endrick berharap dapat meraih lebih banyak minit permainan semasa berada di Vietnam. Musim 2024/25 menyaksikan beliau hanya merekodkan dua penampilan bersama JDT.

Endrick menyertai Dion Cools, Fergus Tierney, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Abu Khalil yang memilih berkelana di luar negara.