Perancang tengah Harimau Malaya, Endrick Dos Santos melakukan pengorban terbesar untuk membawa cabaran negara di pentas Piala Asia 2023.
Beliau tersenarai dalam 26 pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk menggalas tugas negara tatkala pemain naturalisasi negara ini mendapat kepercayaan penuh oleh barisan kejurulatihan.
Persembahan baik yang ditampilkan bersama juara bertahan Liga Super 2023, JDT membantu beliau untuk memperkuat pasukan di Qatar.
Endrick bagaimanapun tiba lewat untuk menjalani kem latihan pusat selepas difahamkan mempunyai urusan peribadi tatkala beliau mahu menyambut kelahiran bayi sulungnya.
Pemain ini pulang ke kem latihan dan segera mengikuti pasukan berlepas ke Qatar sebagai persiapan akhir.
Beliau difahamkan sedang menunggu kelahiran cahaya matanya namun tidak sempat untuk menyambutnya kerana perlu segera kembali bersama pasukan.
Pengorbanan besar yang ditempuhi oleh pemain berusia 27 tahun itu mendapat perhatian peminat atas tindakan luar biasanya.
Malaysia akan bertemu Syria pada 8 Januari 2024 sebagai aksi persahabatan sebelum memulakan tirai aksi pada 16 Januari 2024 berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan.
Antara momen indah Endrick bersama skuad kebangsaan adalah ketika melakukan satu bantuan gol kepada Akhyar Rashid untuk membantu Malaysia mengikat Syria.