Endrick Tambah Koleksi Trofi Di Vietnam
MakanBola
Cong An TP Ho Chi Minh

Pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos merekodkan trofi keenam dalam kariernya di Vietnam.

Ini selepas beliau membantu kelabnya, Cong An Ho Chi Minh City menjulang trofi Vietnamese Cup di pentas final kejohanan itu.

Cong An Ho Chi Minh City muncul juara dengan menewaskan Vissai Ninh Binh 2-1. Raphael Utzig dan Lee Williams memastikan kelab itu memiliki kelebihan dua gol sehingga rehat separuh masa.

Geovane Magno merapatkan jurang buat Ninh Binh menerusi penalti pada separuh masa kedua. Walau bagaimanapun, itu tidak cukup untuk menghalang Endrick dan Cong An Ho Chi Minh City muncul pemenang pada akhir perlawanan.

Vietnamese Cup bukan saja trofi keenam Endrick dalam kariernya. Malah, ini juga trofi pertama beliau dalam arena bola sepak Vietnam.

Keputusan ini menyaksikan Cong An Ho Chi Minh City layak ke Shopee Cup dan berentap dalam Kumpulan A. Antara pasukan yang bakal ditentang dalam kumpulan itu ialah wakil Malaysia, Kuching City FC dan juara bertahan, Buriram United.

Selain Cong An Ho Chi Minh City, Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) pula berentap dalam Kumpulan B. Antara pasukan yang bakal ditentang anak buah Mano Polking ialah Persib Bandung dan kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).