Jadual Lengkap JDT & Kuching City Di Shopee Cup
MakanBola
JST/KCFC

Jadual perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC untuk saingan Shopee Cup telah diumumkan.

Ini berdasarkan senarai perlawanan Kumpulan A dan B Shopee Cup yang diumumkan di platform ASEAN United. JDT bakal membuka kempen Kumpulan B dengan menentang kelab Kemboja, PKR Svay Riend pada 8 Oktober ini.

Ini disusuli perlawanan menentang juara V. League 1, Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) pada 19 November dan pemenang playoff kedua pada 10 DIsember.

Tujuh hari selepas itu, anak buah Xisco Munoz akan turun menentang juara liga Indonesia, Persib Bandung. Baki dua aksi menyaksikan JDT menentang Port FC pada 4 Mac 2027 dan Lion City Sailors (LCS) pada 1 April 2027.

Kempen Kuching City dalam Kumpulan A pula bermula di Singapura. Mereka akan menentang Tampines Rovers pada 7 Oktober sebelum menentang Borneo FC pada 9 Disember.

Anak buah Aidil Sharin akan menentang pemenang Vietnamese Cup pada 16 Disember. Ini disusuli perlawanan menentang juara bertahan, Buriram United pada 27 Februari 2007.

Dua aksi terakhir Kuching City menyaksikan mereka akan menentang pemenang playoff pertama pada 3 Mac 2027 dan Ratchaburi FC pada 31 Mac 2027.

Jika kedua-dua pasukan berjaya berada dalam kelompok empat pasukan terbaik, aksi suku akhir akan berlangsung pada 19 dan 20 Mei. Ini disusuli aksi separuh akhir pada 27 Mei 2027 dan 3 Jun 2027 dengan final pada 17 dan 30 Jun 2027.