Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan jaguh Indonesia, Persib Bandung manakala Kuching City bakal bertemu juara bertahan iaitu Buriram United di peringkat kumpulan Shopee Cup.
Sesi undian peringkat kumpulan Shopee Cup 2026-2027 berlangsung pada Jumaat di Jakarta, Indonesia yang menyaksikan 16 pasukan terbaik di Asia Tenggara akan mewarnai kejohanan antarabangsa kelab ASEAN di musim ini.
Juara bertahan, Buriram United akan turun dengan misi memburu kejuaraan hatrik berbekalkan slot automatik, beserta dua lagi kelab dari Thailand iaitu Ratchaburi dan Port FC yang masing-masing melakukan penampilan sulung di Shopee Cup.
Malaysia pula bakal menghantar dua kelab terbaik di Liga Super musim lalu iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan semi-finalis Shopee Cup dan Kuching City yang turut mencipta sejarah beraksi di kejohanan ASEAN ini.
Kejohanan Shopee Cup kali ini menyaksikan penambahan dua pasukan dari Indonesia yang kembali bersaing setelah pihak ASEAN Football Federation (AFF) menolak calon wakil negara tersebut untuk beraksi pada musim lalu.
Di bawah merupakan keputusan akhir undian peringkat kumpulan Shopee Cup.
Kumpulan A: Buriram United, Ratchaburi, Kuching City, Tampines Rovers, Pemenang Vietnam Cup, Borneo FC Samarinda, Pemenang Play-off 1
Kumpulan B: Port, Johor Darul Ta’zim (JDT), Lion City Sailors, Cong An Ha Noi, PKR Svay Rieng, Persib Bandung, Pemenang Play-off 2