EPL: Aksi Sengit Paksa Manchester United & City Berkongsi Mata
MakanBola
Manchester City FC
Sponsors

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan Manchester United dan Manchester City terikat seri di Old Trafford.

Derbi Manchester menjadi perhatian minggu ini dengan City berhasrat untuk mengejar kelompok 4 teratas liga manakala United mahu bangkit dari kekalahan lalu kepada Nottingham Forest.

Ad

Formasi 3-4-2-1 jadi pilihan pengurus United, Ruben Amorim dengan bek pertahanan United dikemudi oleh Harry Maguire manakala City turun tanpa Erling Haaland yang tersisih akibat kecederaan.

Ad

Penguasaan bola hampir seimbang sejak awal aksi ini dengan City tampak lebih gemar melakukan asakan hasil larian-larian dari sebelah sayap namun gagal menembusi benteng United.

Ad

Tuan rumah berpeluang mencetak jaringan pembukaan akan tetapi rembatan oleh ketua pasukan, Bruno Fernandes hanya tepat ke dakapan penjaga gawang Manchester City, Ederson Moraes.

Ad

Separuh masa pertama tamat, United 0-0 City.

Ad

Kembali dari rehat, sepakan percuma oleh Omar Marmoush berhasil ditepis dengan cemerlang oleh penjaga gol, Andre Onana untuk memastikan gawang United masih kebal tanpa bolos.

Tidak lama kemudian, Joshua Zirkzee nyaris meletakkan The Red Devils di hadapan namun Ederson muncul wira dengan bertindak hebat menepis voli pemain kebangsaan Belanda itu.

Aksi di Old Trafford berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Selepas ini, United akan memberi fokus kepada aksi Europa League menentang Lyon pada 11 April ini tatkala City akan melayani kunjungan Crystal Palace dalam saingan EPL di laman sendiri.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments