EPL: Arsenal ‘Bedil’ Brighton Sampai Lunyai
EPL
Arsenal FC
Advertisements

Arsenal meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menang bergaya ke atas Brighton di Stadium Amex.

Arsenal berada dalam momentum terbaik setelah menewaskan Luton Town 2-0 sebelum ini dan sedang mengikuti rapat pendahulu liga, Liverpool dengan perbezaan dua mata.

Bintang muda The Gunners, Bukayo Saka meletakkan pasukan 1-0 mendahului pada minit ke-33 menerusi sepakan penalti setelah Gabriel Jesus dijatuhkan Tariq Lamptey.

Advertisements

Tuan rumah mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi cubaan jarak jauh Julio Enciso, namun David Raya tampil cemerlang menepis percubaan pemain lawan itu.

Keputusan 1-0 memihak Arsenal kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, Arsenal meneruskan corak permainan menyerang mereka meskipun Brighton tampil bertenaga bagi mencari jaringan penyamaan.

Advertisements

Anak-anak buah Mikel Arteta berjaya melebarkan kedudukan menjadi 2-0 hasil hantaran lintang Jorginho yang ditampan kemas Kai Havertz pada minit ke-62.

Pertukaran mula dilakukan kedua-dua pasukan dengan memasukkan pemain-pemain dari bangku simpanan yang lebih bertenaga ketika permainan memasuki 20 minit yang terakhir.

Lima minit sebelum tamat permainan, bekas pemain Brighton, Leandro Trossard melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal setelah mudah menewaskan penjaga gol lawan, Bart Verbruggen dalam situasi satu lawan satu.

Advertisements

Masa tambahan 5 minit yang diberikan oleh pengadil tidak mengubah sebarang keputusan akhir perlawanan yang menyaksikan Arsenal berjaya pulang ke London dengan tiga mata.

Tamat perlawanan, Brighton and Hove Albion 0-3 Arsenal.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal kembali di puncak liga dengan 71 mata, satu mata di hadapan Liverpool yang bakal berdepan ujian sukar menentang Manchester United di Old Trafford pada tengah malam Ahad.

Advertisements

Aksi liga seterusnya menyaksikan Arsenal bakal menerima kunjungan Aston Villa di Stadium Emirates manakala Brighton pula akan bertandang ke laman lawan menentang Burnley minggu hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram