EPL: Arsenal Rampas Takhta Pendahulu, Tundukkan Luton Town
EPL
Arsenal
Advertisements

Arsenal kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan kelab setempat, Luton Town di Stadium Emirates awal pagi ini.

Selepas seri tanpa jaringan dengan Manchester City pada Ahad lepas, The Gunners perlu menang bagi merampas takhta liga daripada Liverpool.

Manakala The Hatters pula memerlukan kemenangan sebagai momentum untuk keluar dari zon penyingkiran liga.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan anak buah Mikel Arteta mendominasi lawan mereka untuk mendapatkan gol awal.

Mereka perlu menunggu sehingga minit ke-24 untuk membuka tirai jaringan menerusi kapten, Martin Odegaard.

Kapten Norway itu melepaskan rembatan kencang ke arah gawang pelawat meskipun cuba disekat bek tengah Jepun, Daiki Hashioka.

Advertisements

Hashioka kemudiannya bernasib malang apabila tertolak bola hantaran Odegaard melepasi penjaga gol Luton, Thomas Kaminski pada minit ke-44. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Odegaard terus menjadi duri dalam daging kepada The Hatters yang dibimbing Rob Edwards dengan merencana serangan demi serangan ke atas pelawat.

Keadaan ini memaksa Kaminski bekerja keras menepis setiap percubaan tuan rumah ke atas gawang Luton.

Advertisements

Arteta kemudiannya membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat menambah bilangan gol yang dimiliki The Gunners.

Walau bagaimanapun, Kaminski memastikan keputusan 2-0 yang dicatatkan hari ini kekal sehingga tamat perlawanan.

Persembahan cemerlang Odegaard menyaksikan beliau dan Emile Smith Rowe dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore. Kedua-duanya menerima markah 7.5.

Advertisements

Meskipun dibolosi dua gol, kecemerlangan Kaminski mengawal gawang diiktiraf Sofascore dengan markah 7.2.

Selepas ini, The Gunners bakal bertandang ke Stadium Amex untuk menentang Brighton pada 7 April. Sementara The Hatters pula mengalu-alukan kedatangan Bournemouth di Kenilworth Road pada 6 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram