EPL: Manchester City ‘Digari’ Arsenal
EPL
Manchester City FC
Advertisements

Pertemuan epik Manchester City dan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan hanya keputusan seri dapat diraih.

Kedua-dua pasukan terdesak mahukan tiga mata setelah salah satu pencabar hebat, Liverpool mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Brighton sekaligus menjadikan perebutan takhta semakin sengit.

Man City yang mempertaruhkan gandingan penyerang berbisa, Erling Haaland dan Kevin De Bruyne di jentera serangan giat mengasak kubu Arsenal sejak wisel permulaan dibunyikan.

Advertisements

Pelawat pula sesekali hadir menguji gawang tuan rumah yang dikawal, Stefan Ortega menerusi bekas penyerang City, Gabriel Jesus akan tetapi malangnya percubaan beliau sedikit tersasar.

Tiada jaringan dapat dijelmakan sepanjang 45 minit pertama sekaligus kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan dengan keputusan terikat 0-0.

Kembali dari rehat, City yang dibimbing Pep Guardiola melakukan pertukaran dengan membawa masuk dua pemain sayap lincah, Jeremy Doku dan Jack Grealish bagi menambah sengat barisan hadapan pasukan.

Advertisements

The Gunners turut tidak ketinggalan dengan membawa Thomas Partey dan Takehiro Tomiyasu pada minit ke-66 untuk menghalang kemaraan pasukan tuan rumah.

Kemasukan nafas baharu dari bangku simpanan ini tidak banyak mengubah keputusan permainan apabila Arsenal kekal bertahan membuatkan Manchester City terus buntu memecah kebuntuan jaringan.

Tamat 90 minit permainan, Manchester City 0-0 Arsenal.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan kedudukan Arsenal di puncak liga dipintas Liverpool manakala Manchester City pula kekal di tangga ketiga dengan 64 mata, tiga mata di belakang pendahulu.

Selepas ini, Man City bakal sekali lagi beraksi di laman sendiri menentang Aston Villa manakala Arsenal pula bakal melayani kunjungan pasukan bawahan liga, Luton Town di Emirates.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram