EPL: Arsenal & Everton Sama Handal
MakanBola
EPL
Sponsors

Arsenal terus kempunan merapatkan jurang dengan Liverpool apabila diikat Everton 1-1 di Goodison Park.

Selepas meraih kemenangan berharga 2-0 ke atas Fulham, pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap dapat meneruskan momentum kemenangan. The Toffees pula mahu bangkit selepas tewas 1-0 di tangan The Reds.

Ad

Arteta memilih Raheem Sterling, Leandro Trossard dan Ethan Nwaneri sebagai sandaran gol The Gunners. Beto terus menjadi pilihan pengurus Everton, David Moyes untuk mengetuai jentera serangan.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pendahuluan tetapi tidak berhasil.

Ad

Meskipun Everton dan Arsenal berjaya menghasilkan empat percubaan, kesemua percubaan langsung tidak mengancam gawang yang dikawal Jordan Pickford dan David Raya.

Ad

Trossard menceriakan kem The Gunners dengan meledakkan gol pendahuluan pada minit ke-34. Ini juga percubaan tepat pertama dalam perlawanan ini.

Ad

Tiga minit selepas itu, Beto hampir menyamakan kedudukan selepas berjaya menewaskan Raya. Malangnya, percubaan beliau disekat bek tengah Perancis, William Saliba.

The Toffees terus memberi tekanan kepada Arsenal tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Arteta memasukkan Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli menggantikan Sterling dan Nwaneri.

Everton mendapat talian hayat apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-47. Ini selepas Myles Lewis-Skelly dikesan menjatuhkan Jack Harrison dalam kotak penalti.

Iliman Ndiaye tenang menewaskan Raya untuk menyumbat gol ketujuh bersama The Toffees untuk musim 2024/25.

Bekas pemain tengah Watford, Abdoulaye Doucoure hampir menggandakan kelebihan Everton pada minit ke-51. Raya pantas menafikan percubaan beliau sebelum bola dikeluarkan daripada permainan.

Moyes memasukkan James Garner, Armando Broja dan Carlos Alcaraz untuk menambah ketajaman di bahagian serangan Everton.

Kedua-dua pasukan terus buntu mencari jaringan kemenangan. Hal ini memastikan Everton dan Arsenal terpaksa berpuas hati dengan satu mata pada akhir perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Arsenal mengumpul 62 mata, 11 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. Everton pula memintas Tottenham Hotspur di tangga ke-14 dengan 35 mata.

Sofascore memilih Ndiaye dan Harrison sebagai pemain terbaik Everton dengan masing-masing meraih 7.3 mata. Trossard dan Mikel Merino dipilih pemain terbaik Arsenal dengan markah 7.2.

Selepas ini, Arsenal akan menentang Real Madrid untuk saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada 9 April. Everton bersiap sedia menentang Nottingham Forest pada 12 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments