EPL: Arsenal Kembali Terajui Liga, Tundukkan Wolves
EPL
Arsenal
Advertisements

Arsenal melupakan kekecewaan disingkirkan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0.

The Gunners perlu meraih kemenangan ke atas Wolves di Molineux jika ingin merampas takhta liga daripada Manchester City.

Ini kerana The Citizens tidak beraksi dalam liga minggu ini kerana memenuhi komitmen perlawanan separuh akhir The FA Cup dengan Chelsea.

Advertisements

Meskipun beraksi di gelanggang lawan, anak buah Mikel Arteta mendominasi lawan mereka pada babak pertama.

Barisan serangan The Gunners diketuai Gabriel Jesus kerap mengancam kubu pertahanan tuan rumah diketuai kapten, Max Kilman.

Malangnya, setiap percubaan yang cuba direncanakan pelawat kerap dipatahkan oleh penjaga gol Portugal, Jose Sa.

Advertisements

Keadaan ini memaksa Arsenal perlu menunggu sehingga minit ke-45 untuk membuka tirai jaringan menerusi Leandro Trossard. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Gunners dan Wolves terpaksa bermain dengan lebih berhati-hati selepas dua pemain dari setiap pasukan dilayangkan kad kuning pada babak pertama.

Situasi ini tidak sedikit pun menjejaskan ancaman barisan serangan pelawat. Walau bagaimanapun, Sa terus menjadi penghalang kepada usaha mereka.

Advertisements

Melihat jentera serangan tuan rumah kurang berkesan, pengurus Wolves, Gary O’Neill membuat beberapa pertukaran bagi menambah sengat di bahagian hadapan.

Malangnya, pertukaran yang direncanakan gagal membuahkan hasil. Sebaliknya, kapten Arsenal, Martin Odegaard memastikan tiga mata milik pelawat dengan gol pada minit ke-95.

Sofascore mengiktiraf kerja keras yang dipamerkan Bukayo Saka dengan memilihnya sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau mendapat markah 7.9, 0.1 mata di hadapan Declan Rice.

Advertisements

Sementara Sa pula dipilih sebagai pemain terbaik Wolves kerana ketangkasannya mengawal gawang. Beliau menerima markah 7.7.

Selepas ini, Wolves bakal melayan kunjungan Bournemouth pada awal pagi 25 April. Sementara Arsenal pula bersedia menghadapi musuh setempat, Chelsea bila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Emirates pada awal pagi 24 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram