UCL: Bayern Munich ‘Tendang’ Arsenal Keluar Dari Saingan Eropah
UEFA Champions League
Arsenal FC
Advertisements

Bayern Munich menempah tempat ke separuh akhir setelah cemerlang menyingkirkan Arsenal dalam aksi kedua peringkat suku akhir UEFA Champions League (UCL).

Kedua-dua pasukan tampil dengan barisan pemain terbaik setelah sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika bertemu di Stadium Emirates minggu lalu hasil jaringan Bukayo Saka dan Leandro Trossard manakala gol pelawat disumbang Serge Gnabry dan Harry Kane.

Permainan berlangsung seimbang dengan Arsenal mencatatkan lebih banyak percubaan tepat ke arah gawang tuan rumah menerusi beberapa peluang daripada Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka.

Advertisements

Bayern Munich yang kempunan menjulang kejuaraan Bundesliga musim ini pula mengharapkan gerakan dari barisan pemain tengah bagi mencari Harry Kane untuk meledak jaringan.

Walau bagaimanapun, tiada jaringan dapat dihasilkan dan keputusan 0-0 kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Bersambung babak kedua, usaha anak didik Thomas Tuchel bagi memburu jaringan akhirnya membuahkan hasil apabila tandukan kencang Joshua Kimmich berjaya menewaskan David Raya pada minit ke-63.

Advertisements

The Gunners yang tewas dalam aksi liga kepada Aston Villa sebelum ini cuba bangkit menyamakan kedudukan namun pintu gol Bayern Munich yang dikawal Manuel Neuer kekal utuh dipertahankan.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta seakan buntu dan terdesak mula melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Gabriel Jesus dan Leandro Trossard dalam usaha menembusi benteng The Bavarians.

Perlawanan di Allianz Arena berakhir dengan kemenangan buat Bayern Munich dengan keputusan 1-0 dan secara agregat 3-2.

Advertisements

Kemenangan ini membawa Bayern Munich mara ke peringkat separuh akhir UCL sekaligus bakal berdepan juara 14 kali, Real Madrid yang menewaskan Manchester City dalam satu lagi aksi suku akhir.

Bayern Munich akan mengikut jejak langkah satu lagi wakil Jerman, Borussia Dortmund yang turut layak setelah menumbangkan gergasi Sepanyol, Atletico Madrid semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram