UCL: Arsenal Pilih Laluan Sukar, Gagal Tewaskan Bayern Munich
UEFA Champions League
FC Bayern Munchen
Advertisements

Arsenal gagal memanfaatkan gelanggang sendiri apabila sekadar seri berdepan kelab yang sedang bergelut, Bayern Munich.

Mikel Arteta menurunkan kesebelasan terbaik Arsenal berdepan Bayern Munich yang kalah dua kali berturut-turut dalam saingan Bundesliga sebelum ini.

The Gunners tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Bukayo Saka berjaya menyempurnakan bola hantaran Ben White pada minit ke-12 permainan.

Advertisements

Tersentak dengan gol itu, Bayern menyamakan kedudukan 6 minit kemudian menerusi bekas pemain Arsenal iaitu Serge Gnabry.

Bayern seakan-akan mendapat tonik kebangkitan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-29 apabila William Saliba melakukan kekasaran ke atas Leroy Sane.

Penyerang hebat England, Harry Kane tenang menjaringkan sepakan penalti untuk meletakkan Bayern dihadapan.

Advertisements

Leandro Trossard kemudian menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-76 menjadikan kedudukan terikat seri.

Tamat perlawanan, Arsenal dan Bayern Munich seri dengan jaringan 2-2 dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram