EPL: Aston Villa ‘Beraya Sakan’ Malukan Arsenal
EPL
Premier League
Advertisements

Arsenal menerima tamparan hebat dalam misi mengejar kejuaraan liga setelah tumpas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri.

The Gunners yang kini berada dalam prestasi terbaik berhasrat memungut tiga mata penuh bagi memberi tekanan kepada pencabar mereka di takhta liga seperti Man City dan Liverpool.

Manakala, Aston Villa yang dibimbing bekas pengurus Arsenal, Unai Emery turun dengan misi mencuri satu mata sekurang-kurangnya untuk mengukuhkan tempat mereka di tangga keempat selepas Spurs keciciran mata semalam.

Advertisements

Peluang terbaik Arsenal bagi memecah kebuntuan hadir menerusi Leandro Trossard, akan tetapi penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez muncul wira menafikan tolakan mudah tersebut menggunakan kakinya.

Pelawat sesekali hadir menguji gawang Arsenal menerusi penyerang berbisa, Ollie Watkins namun sedikit malang percubaan tersebut hanya sekadar singgah di tiang gol tuan rumah.

Kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan dengan keputusan kekal tanpa jaringan.

Advertisements

Aston Villa membuat beberapa pertukaran di babak kedua dengan memasukkan pemain sayap lincah, Leon Bailey bagi menambah sengat jentera serangan pasukan memburu jaringan.

Ternyata pertukaran tersebut membuahkan hasil buat pelawat apabila pemain kebangsaan Jamaica itu meledak gol pertama perlawanan ketika permainan berbaki enam minit lagi untuk dimainkan.

Anak didik Mikel Arteta cuba bangkit mencari jaringan penyamaan, namun Ollie Watkins menambah duka tuan rumah dengan gol kedua tiga minit kemudian sekaligus mematikan segala usaha Arsenal untuk mencipta kebangkitan.

Advertisements

Tamat aksi, Arsenal 0-2 Aston Villa.

Kekalahan ini jelas sekali menggembirakan hati para peminat Man City setelah Arsenal kini jatuh ke tangga kedua dengan 71 mata, dua mata di belakang kelab Manchester tersebut yang gah memimpin carta liga.

Aksi liga seterusnya menyaksikan The Gunners bakal bertandang ke Stadium Molineux untuk bertemu Wolverhampton Wanderers manakala anak-anak buah Unai Emery bakal pulang ke Villa Park untuk melayani kunjungan Bournemouth.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram