EPL: Tottenham Hotspur Jadi ‘Rendang Hangus’ Raya Ke-4, Diaibkan Newcastle
EPL
Premier League
Advertisements

Newcastle United menikmati kemenangan penting dikala musim perayaan apabila gah menewaskan Tottenham Hotspur di Stadium Saints James’ Park.

The Magpies turun dengan formasi 4-3-3 dengan mempertaruhkan trio serangan Harvey Barnes, Alexander Isak dan Anthony Gordon.

Ange Postecoglou pula meletakkan penyerang terkenal Asia, Son Heung-min sebagai ketua serangan pasukan diikuti Timo Werner, Brennan Johnson dan James Maddison.

Advertisements

Alexander Isak membuka akaun jaringan apabila membolosi gawang gol Spurs pada minit ke-30 perlawanan setelah menyempurnakan hantaran Anthony Gordon.

Selang dua minit, giliran Anthony Gordon pula menjaringkan gol setelah memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Spurs, Pedro Porro.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan dua jaringan pantas daripada Newcastle United sekaligus memberikan tekanan hebat kepada pasukan pelawat, Tottenham Hotspur.

Advertisements

Gol ketiga Newcastle hadir menerusi bola hantaran Bruno Guimaraes yang berjaya disudahkan oleh Alexander Isak sewaktu perlawanan memasuki minit ke-52 permainan.

Fabian Schar melengkapkan kemenangan bergaya Newcastle apabila menanduk masuk bola hantaran Anthonya Gordon pada minit ke-87.

Tamat perlawanan, Newcastle United menewaskan Tottenham Hotspur 4-0 untuk meraih 3 mata berharga dan kini melonjak ke tangga ke-6 liga dengan mengumpul 50 mata.

Advertisements

Spurs pula kekal ditangga ke-5 liga dengan 60 mata bersama-sama Aston Villa dan kini dibezakan dengan 10 mata dengan Newcastle United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram