EPL: Aston Villa Pamer Kecemerlangan Atasi Man City
EPL
Premier League
Advertisements

Gol tunggal Leon Bailey buat Aston Villa sudah cukup memastikan Man City mengalami kekalahan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Selepas diikat 3-3 oleh Tottenham Hotspur pada minggu lepas, City perlu menang bagi merapatkan jurang mereka dengan pendahulu EPL, Arsenal.

Sementara Villa pula mahu menjadikan The Citizens sebagai mangsa seterusnya bila bertandang ke gelanggang keramat mereka, Villa Park.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi pelawat biarpun mereka menurunkan peledak berbisa Norway, Erling Haaland.

Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, anak-anak buah Unai Emery menggandakan asakan ke atas City.

Advertisements

Begitupun, setiap asakan mereka berjaya dipatahkan pertahanan pelawat diketuai bek tengah Croatia, Josko Gvardiol.

Kesungguhan Villa akhirnya membuahkan hasil apabila mereka meraih gol kemenangan menerusi Bailey pada minit ke-74. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan The Citizens ketinggalan enam mata di belakang Arsenal di tangga keempat liga. Manakala Villa pula memintas Spurs ke tangga ketiga dengan 32 mata.

Advertisements

Biarpun tewas hari ini, Gvardiol dipilih Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram