Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini menyaksikan Liverpool bangkit mengikat Arsenal dalam aksi sengit di Stadium Emirates.
Setelah mengecewakan Chelsea minggu lalu, Liverpool hadir ke laman lawan untuk bertemu satu lagi kelab London iaitu Arsenal yang tewas mengejut kepada Bournemouth sebelum ini.
Gandingan Luis Diaz dan Mo Salah menjadi taruhan Arne Slot dan Liverpool sementara Thomas Partey dibawa masuk bagi menggantikan tempat William Saliba yang dilayangkan kad merah.
Bermula seawal minit ke-9, Bukayo Saka meletakkan Arsenal di hadapan setelah menerima umpanan berkualiti tinggi dari Ben White untuk menceriakan penyokong tuan rumah di awal permainan.
Kegembiraan itu tidak bertahan lama setelah Virgil Van Dijk kembali menyamakan kedudukan 9 minit kemudian setelah menanduk bola percubaan Diaz hasil sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold.
Usaha The Gunner menambah gol kedua berhasil apabila sepakan percuma Declan Rice ditanduk cantik oleh Mikel Merino untuk menewaskan Caoimhin Kelleher pada minit ke-43.
Separuh masa pertama tamat, Arsenal 2-1 Liverpool.
Kembali dari rehat, Arsenal terpaksa melupakan khidmat bek kental, Gabriel Magalhaes yang ditimpa kecederaan ketika di pertengahan aksi menyaksikan Mike Arteta membawa masuk Jakub Kiwior.
Ketiadaan Magalhaes membolehkan pelawat memanfaatkan peluang untuk kembali mengikat kedudukan hasil ledakan kaki kiri Mo Salah ketika permainan berbaki 10 minit untuk dimainkan.
Impian Arsenal untuk meraih tiga mata menyala buat seketika apabila Gabriel Jesus menolak bola ke dalam gawang namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil, Anthony Taylor di masa tambahan.
Aksi di Stadium Emirates berakhir dengan keputusan 2-2.
Saingan EPL minggu hadapan menyaksikan Arsenal bakal berdepan Newcastle United di gelanggang lawan manakala Liverpool pula menerima kehadiran Brighton & Hove Albion.