EPL: Bournemouth ‘Mangsa’ Amukan Liverpool
MakanBola
Liverpool FC
Sponsors

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan Liverpool kembali bangkit meraih kemenangan selesa ke atas Bournemouth di laman sendiri.

Setelah dikejutkan dengan kekalahan memalukan di tangan Nottingham Forest minggu lalu, Liverpool bakal berhadapan Bournemouth yang turut dikecewakan Chelsea pada aksi terdahulu.

Ad

Kesebelasan utama Liverpool sedikit tempang tanpa penjaga gol utama, Alisson Becker manakala Bournemouth kembali meletakkan Kepa Arrizabalaga di benteng terakhir pasukan.

Ad

Seawal minit keempat, kubu Liverpool dibolosi oleh Antoine Semenyo akan tetapi jaringan awal tersebut dibatalkan akibat ofsaid sekaligus melegakan para peminat tuan rumah.

Ad

Seakan tersentak, Liverpool segera mengatur serangan bagi memburu jaringan dan miliki peluang terbaik menerusi Luis Diaz dan Mo Salah namun Kepa cemerlang menafikannya.

Ad

Gol yang dicari The Reds akhirnya tiba oleh Luis Diaz yang bijak memanfaatkan kesilapan Kepa di minit ke-26 sebelum pemain Colombia itu meledak lagi dua minit kemudian.

Ad

Benteng pertahanan pelawat semakin rapuh apabila giliran Darwin Nunez pula mencetak jaringan ketiga Liverpool pada minit ke-37 untuk memastikan tuan rumah selesa sebelum rehat.

Separuh masa pertama tamat, Liverpool 3-0 Bournemouth.

Kembali dari rehat, Bournemouth melakukan satu pertukaran di jentera serangan dengan membawa keluar Justin Kluivert bagi membawa masuk tenaga baharu.

Pengendali The Reds, Arne Slot tidak melepaskan peluang untuk membawa masuk pemain baharu dari Itali, Federico Chiesa di pertengahan aksi bagi merehatkan Darwin Nunez.

Kemasukan pemain-pemain baharu dari bangku simpanan dan penambahan empat minit di masa kecederaan tidak merubah sebarang keputusan perlawanan.

Aksi di Anfield berakhir dengan kemenangan 3-0 memihak Liverpool.

Saingan EPL seterusnya menyaksikan Liverpool berkunjung ke Molineux untuk bertemu Wolves manakala Bournemouth menanti kehadiran pendatang baharu liga, Southampton.