EPL: Man City Hampir Dimalukan 10 Pemain Arsenal
MakanBola
Arsenal FC

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini menyaksikan Man City dan Arsenal terikat seri dalam satu aksi yang penuh mendebarkan.

Man City yang mencatat kemenangan tipis ketika berdepan Brentford bakal menanti kunjungan Arsenal yang muncul pemenang dalam pertembungan Derbi London Utara minggu lalu.

Ayam tambatan Man City, Erling Haaland kekal mengemudi jentera serangan manakala Arsenal melakukan 2 pertukaran dengan kembalinya Declan Rice dari penggantungan.

Ad

Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Erling Haaland seawal minit ke-9 setelah menerima umpanan lolos cantik dari Savinho.

Bek Itali, Riccardo Calafiori yang melakukan debut di pentas EPL menggembirakan Arsenal dengan gol penyamaan pada minit ke-22 hasil percubaan dari luar kotak penalti.

Ad
Ad

Sebelum kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan, The Gunners berjaya menembusi gawang City buat kali kedua hasil tandukan Gabriel susulan sepakan sudut Bukayo Saka.

Malang buat Arsenal apabila Leandro Trossard diarah keluar padang setelah menerima layangan kad kuning kedua kerana mengasari Bernando Silva dari arah belakang.

Separuh masa pertama tamat, Man City 1-2 Arsenal.

Kembali dari rehat, anak didik Pep Guardiola tampak tertekan dan melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Arsenal namun kekebalan David Raya mengecewakan peminat City.

Kemasukan Phil Foden serta Jack Grealish tidak memberikan impak besar dengan Arsenal lebih gemar bertahan sekaligus membuatkan City buntu mencari ruang untuk menyerang.

Akhirnya, usaha City membuahkan hasil apabila John Stones menyelamatkan maruah tuan rumah dari tewas buat kali pertama dengan gol lewat ketika masa kecederaan.

Aksi di Stadium Etihad berakhir dengan keputusan 2-2.

Saingan EPL minggu hadapan menyaksikan Man City bakal berangkat ke Timur Laut England untuk bertemu Newcastle United manakala Arsenal akan melayani kunjungan Leicester City.