Arsenal kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya menewaskan Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham.
Mikel Arteta mempertaruhkan trio serangan Leandro Trossard, Kai Havertz dan Bukayo Saka dalam menggempur jentera pertahanan Tottenham.
Son Heung-Min, Brennan Johnson, Rodrigo Bentancur serta James Maddison antara pemain yang mendapat kepercayaan Ange Postecoglou untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.
Gabriel Martinelli hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-17 permainan namun penjaga gol Spurs, Vicario cemerlang menidakkan percubaan pemain tersebut.
Spurs turut memiliki peluang terbaik menerusi percubaan Dominic Solanke namun percubaan tersebut sedikit tersasar.
Kedudukan separuh masa pertama kekal dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Gabriel akhirnya memecahkan kebuntuan apabila menanduk masuk bola hantaran Bukayo Saka untuk meletakkan Arsenal dihadapan.
Spurs berjaya melakukan beberapa percubaan namun tiada gol yang berjaya dihasilkan anak buah Ange Postecoglou.
Jaringan tunggal Gabriel menyaksikan Arsenal menewaskan Tottenham Hotspur untuk meraih tiga mata berharga.
Arsenal kini mengumpul 10 mata dalam 4 perlawanan manakala Spurs meraih 4 mata setelah 4 perlawanan.