EPL: Man City Leburkan Perjuangan Hebat Everton
EPL
EPL
Advertisements

Man City terpaksa bekerja keras di Goodison Park hari ini sebelum berjaya mengalahkan kelab Merseyside, Everton 3-1.

Segar daripada kejayaan menggondol gelaran juara Piala Kelab Dunia FIFA, City kini fokus untuk menghambat Liverpool dan Arsenal yang menduduki kedudukan dua teratas liga.

Manakala Everton pula mahu bangkit selepas tewas 2-1 di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan The Citizens garang mengasak kubu tuan rumah selepas wisel permulaan ditiup pengadil.

Serangan demi serangan diatur pelawat tetapi banyak percubaan mereka dinafikan oleh penjaga gol utama England dan Everton, Jordan Pickford.

Sebaliknya, The Toffees mencipta kejutan dengan mendahului City pada minit ke-29. Selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan pelawat, Dwight McNeil melorongkan bola dalam kotak penalti yang mudah disempurnakan Jack Harrison.

Advertisements

Tersentak, The Citizens cuba bangkit mendapatkan gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, City mempamerkan kebangkitan bersesuaian dengan statusnya sebagai juara EPL musim lepas.

Pemain sayap England, Phil Foden melepaskan rembatan kencang yang menewaskan Pickford pada minit ke-53 bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Advertisements

Gol tersebut menyuntik semangat pelawat untuk memburu gol tambahan. Hasilnya, City dianugerahkan sepakan penalti apabila bola sepakan Nathan Ake terkena tangan Amadou Onana.

Dengan Erling Haaland masih berehat akibat kecederaan, tanggungjawab mengambil penalti digalas Julian Alvarez. Alvarez tidak mengecewakan City dengan menyumbat gol kedua mereka pada minit ke-64.

Bernardo Silva menamatkan sisa cabaran Everton dengan gol cantik pada minit ke-86. Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Sofascore memilih Foden sebagai pemain terbaik perlawanan dengan 8.3 mata, 0.1 mata di hadapan dua rakan sepasukannya iaitu Silva dan Alvarez.

Keputusan ini menyaksikan City merapatkan jurang dengan Aston Villa yang menduduki tangga ketiga EPL kepada dua mata. Manakala The Toffees pula kekal di tangga ke-17 dengan 16 mata.

Everton bakal bertandang ke Molineux untuk menentang Wolves pada 30 Disember. Sementara The Citizens pula melayan kunjungan Sheffield United pada hari sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram