Piala Kelab Dunia: Man City Muncul Juara, Belasah Fluminense
Piala Dunia
Manchester City
Advertisements

Juara treble musim 2022-2023, Man City menggondol trofi kelima mereka dengan muncul juara Piala Kelab Dunia 2023.

Ini selepas kelab gergasi England dari Manchester itu menewaskan juara Copa Libertadores 2023, Fluminense dalam aksi final di Bandar Sukan Raja Abdullah, Jeddah, Arab Saudi hari ini.

City berharap dapat menambah koleksi trofi mereka selepas meraih Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara UEFA (UCL), The FA Cup dan Piala Super UEFA.

Advertisements

Sementara Fluminense pula mahu mengakhiri penantian 11 tahun wakil Amerika Selatan untuk menggondol gelaran juara Piala Kelab Dunia.

Harapan kelab Brazil itu mengulangi kejayaan Corinthians pada 2012 musnah apabila Julian Alvarez meletakkan City di hadapan seawal minit pertama.

Gol tersebut merupakan gol terpantas pernah dijaringkan dalam sejarah final Piala Kelab Dunia. Fluminense makin menderita apabila kapten mereka, Nino menjaringkan gol sendiri pada minit ke-27.

Advertisements

The Citizens terus mengatur serangan demi serangan ke atas Tricolor tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, City terus berusaha menggandakan kelebihan mereka. Ini memaksa barisan pertahanan Fluminense diketuai Nino bekerja keras menyekat setiap serangan mereka.

City terpaksa menunggu sehingga minit ke-72 untuk menambah gol ketiga menerusi Phil Foden selepas menyudahkan hantaran Alvarez.

Advertisements

Alvarez melengkapkan malam gemilang City dengan gol ke-10 musim ini menerusi gol pada minit ke-88. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan dua gol dan satu bantuan gol, tidak hairanlah mengapa Sofascore memilih penyerang muda Argentina itu sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.4 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram