EPL: Man United Hampir Dimalukan Brentford
EPL
Manchester United
Advertisements

Gol dramatik bekas bek tengah Celtic, Kristoffer Ajer memastikan Man United diikat Brentford 1-1 di Stadium Komuniti Gtech.

Selepas dimalukan lawan sama 4-0 pada musim lepas, pengurus United, Erik ten Hag berharap perkara sama tidak berulang kali ini.

Sementara The Bees pula memerlukan kemenangan hari ini bagi mengelak diheret ke dalam pertarungan mengelak penyingkiran membabitkan pasukan kelompok terbawah liga.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Brentford mendominasi pelawat terutama dalam situasi set-piece. Ini memaksa barisan pertahanan The Red Devils bertahan menyerap tekanan tuan rumah.

Penyerang England, Ivan Toney hampir meletakkan The Bees di hadapan pada minit ke-24 tetapi percubaannya terkena tiang.

Toney sekali lagi hampa apabila tandukannya pada minit ke-32 terkena palang sebelum dikeluarkan pertahanan pelawat. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, United terus diberi tekanan oleh tuan rumah. Meskipun mereka mendominasi perlawanan, Brentford terus buntu dari segi penyudah.

Sebaliknya, The Red Devils pula yang berjaya menyumbat gol. Selepas menerima hantaran Casemiro, Mason Mount melakukan larian sebelum menewaskan penjaga gol Brentford, Mark Flekken pada minit ke-96.

Ini merupakan gol pertama bekas pemain Chelsea itu sejak menyertai United dengan yuran perpindahan £60 juta (RM357 juta).

Advertisements

Tatkala penyokong pelawat menyangka mereka bakal pulang dengan tiga mata, Ajer memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata seminit selepas itu.

Keputusan ini menyaksikan United kekal di tempat keenam dengan 48 mata. Sementara Brentford pula kekal di tangga ke-15 dengan 27 mata.

Sofascore memilih Vitaly Janelt sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.2, 0.2 mata di hadapan Ajer dan Mathias Jensen.

Advertisements

Selepas ini, The Red Devils bakal bertandang ke Stamford Bridge untuk menentang Chelsea pada 5 April. Sementara The Bees pula berhadapan Brighton pada 4 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram