EPL: Manchester United Dibantai Brentford, Huni Tangga Terbawah Liga
Dunia
Advertisements

Manchester United meneruskan tradisi kekalahannya selepas dimalukan Brendford 4-0 di Stadium Komuniti Gtech.

Manchester United dikejutkan dengan jaringan awal Josh Dasilva selepas sepakannya gagal ditangkap kemas De Gea.

Mathias Jensen menambah derita pelawat dengan jaringan ke-2 pada minit ke-18 hasil kesilapan De Gea dan pertahanan United.

Advertisements

Brendford sekali lagi menghukum kealpaan United setelah berjaya menjaringkan 2 gol tambahan pada minit ke-30 dan 35 dihasilkan oleh Ben Mee dan Bryan Mbeumo menjadikan kedudukan 4-0 memihak kepada Brendford untuk separuh masa pertama.

Bersambung babak ke-2 tiada apa-apa yang berlaku melainkan keputusan kekal dengan Brentford berjaya menewaskan Manchester United 4-0 di Stadium Komuniti Gtech.

Manchester United sebelum ini turut dimalukan pasukan kerdil, Brighton di Old Trafford selepas tewas 1-2 dan kini terpaksa menduduki tangga terbawah Liga Perdana Inggeris.

Advertisements

Manchester United bakal melayani kunjungan Liverpool 23 Ogos ini dan dijangka Old Trafford bakal mencatatkan kehadiran penyokong yang sedikit berikutan kebencian dan boikot yang dilakukan oleh penyokong United terhadap keluarga Glazer.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram