EPL: Manchester City Jinakkan Nottingham Forest, Ekori Rapat Arsenal
EPL
Nottingham Forest FC
Advertisements

Manchester City terus memberi tekanan kepada para pencabar kejuaraan apabila mudah menewaskan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

City yang kini di tangga kedua liga selepas Liverpool keciciran mata pada Sabtu tampil dengan barisan terkuat meskipun tanpa penggempur utama, Erling Haaland bagi menghambat kedudukan Arsenal di puncak liga.

Anak-anak buah Pep Guardiola terpaksa menunggu sehingga minit ke-32 untuk membuka tirai jaringan menerusi pertahanan, Josko Gvardiol yang menanduk deras sepakan penjuru Kevin De Bruyne.

Advertisements

Tuan rumah ciba bangkit memberikan saingan dengan beberapa percubaan namun tiada satu pun yang berjaya mengancam kedudukan Ederson Moraes di pintu gol Manchester City.

Separuh masa pertama tamat dengan kelebihan satu gol memihak City.

Advertisements

Bersambung babak kedua, City terpaksa melakukan pertukaran melibatkan penjaga gol apabila Stefan Ortega dibawa masuk bagi menggantikan tempat Ederson yang dilaporkan mengalami kecederaan.

Nottingham gagal memanfaatkan peluang tersebut malah Man City yang terus menggandakan kelebihan menerusi Erling Haaland pada minit ke-71, sembilan minit setelah beliau dimasukkan oleh barisan jurulatih.

Advertisements

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan melalui beberapa gerakan dan percubaan menarik yang dicipta oleh jentera tengah baik daripada Man City mahupun Nottingham

Walau bagaimanapun tiada jaringan dapat dihasilkan sekaligus mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 2-0 menjadi milik Man City.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Manchester City kekal di tangga kedua liga dengan 79 mata, satu mata di belakang Arsenal yang memiliki kelebihan satu perlawanan manakala Nottingham Forest kekal di ambang penyingkiran.

Aksi liga seterusnya menyaksikan anak didik Pep Guardiola bakal melayani kunjungan Wolves di Stadium Etihad manakala Nottingham Forest akan berdepan pasukan yang sudah pasti tersingkir dari saingan EPL musim hadapan iaitu Sheffield United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram