Era Bojan Hodak Bermula, Pacu Persib Bandung Tewaskan Persik Kediri
MakanBola
Persib Bandung

Pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung mencatat kemenangan pertama pada musim ini selepas menewaskan pasukan Persik Kediri dengan keputusan 2-1.

Kembali bangkit setelah ketinggalan 0-1 pada babak pertama perlawanan, jaringan Ciro Alves pada minit ke-83 permainan memberi sinar buat pasukan. Selang tiga minit selepas itu, pemain sayap Persib Bandung, Ryan Kurnia warnai malam gemilang skuad Pangeran Biru dengan jaringan kedua sekaligus membantu Persib meraih tiga mata berharga.

Ad
Advertisement

Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama dengan kehadiran Bojan Hodak yang dilantik sebagai ketua jurulatih Persib Bandung.

Ad

Sungguhpun Bojan tidak dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih dalam aksi malam semalam, motivasi yang diberikan Bojan semestinya menjadi tonik tambahan buat pasukan. Aura yang dimiliki Bojan berjaya menatijahkan kejayaan buat pasukan Persib.

Advertisement

Persib bakal berdepan cabaran Bali United pada Khamis, 8 Ogos kelak. Perlawanan tersebut bakal menjadi pentas pertama dan medan ujian buat Bojan Hodak kendalikan pasukan.

Advertisement

Ad