Advertisements
Erick Thohir: Sangat Menarik Berdiskusi Dengan Tunku Ismail
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Presiden PSSI, Erick Thohir menyifatkan pertemuannya dengan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor cukup bermanfaat buat bola sepak ASEAN.

Sebelum ini, Tunku Ismail merasakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan figura persis Erick untuk memulihkan kembali arena bola sepak Malaysia.

Ini kerana dengan ilmu, kenalan, semangat dan harta yang dimilikinya, ini membantu figura berusia 54 tahun itu untuk memartabatkan bola sepak Indonesia.

Komen positif Tunku Ismail mendapat reaksi baik daripada Erick. Beliau yang juga Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia (BUMI) itu kemudiannya menjemput baginda untuk membuat pelaburan dalam saingan liga Indonesia.

Erick berpandangan input yang dimiliki Tunku Ismail mampu menaikkan lagi mutu liga negara itu seperti mana yang dilakukannya untuk Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ini membawa kepada pertemuan dua figura hebat itu pada malam 12 November lalu. Tunku Ismail dan Erick mengadakan diskusi dalam banyak perkara termasuk pengukuhan bola sepak ASEAN.

Pemilik kelab Oxford United itu turut menyifatkan baginda memiliki visi besar bukan saja untuk bola sepak ASEAN tetapi juga di peringkat Asia.

“Bertemu dengan Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim. Beliau punya visi besar untuk bola sepak Asia Tenggara bahkan Asia.

“Sangat menarik berdiskusi dengan baginda tentang kualiti bola sepak di negara-negara Asia Tenggara. Kami ingin negara di Asia Tenggara bisa bersaing di peringkat Asia bahkan hingga peringkat dunia,” katanya.

Pertemuan tersebut turut disertai pemilik kelab Valencia, Peter Lim, pemilik kelab Persib Bandung, Glenn Sugita dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard.