Erik Ten Hag Beri Pesanan Khas Kepada Penyokong Manchester United
EPL
sportinglife
Advertisements

Kekalahan 0-3 Manchester United di tangan musuh setempat Manchester City dalam perlawanan awal pagi tadi nyata sukar diterima para penyokong The Red Devils.

Walaupun berjaya mengekang beberapa percubaan merbahaya dari pemain City namun ianya masih belum cukup untuk menghalang kemenangan besar City di Old Trafford.

Jurulatih United, Erik Ten Hag akur dengan keputusan tersebut namun beliau sempat menitipkan pesanan kepada penyokong setia Red Devils. Ten Hag mengingatkan penyokong bahawa saat indah itu pasti akan tiba kelak.

Advertisements

“Kami dah cuba segalanya namun ianya masih belum mencukupi. Saya memohon kepada semua penyokong untuk sentiasa berdiri di belakang pasukan dan teruskan menyokong kami. Saat indah itu pasti akan tiba kelak,” luah Ten Hag dalam satu sidang media selepas perlawanan.

Pada masa yang sama, Ten Hag juga menganggap penalti yang dihadiahkan kepada City seawal minit ke-23 itu telah membunuh keseluruhan permainan United.

Advertisements

“Penalti itu mengubah segalanya. Saya tidak mahu komen mengenai penalti kerana saya tidak mempunyai komen berkenaan itu. Ya, saya melihatnya namun saya tidak mahu komen,” tegas Ten Hag lagi.

Dengan kekalahan kepada City itu, ini menandakan hasrat Manchester United untuk mendaki kedudukan liga tidak kesampaian. United kini berada di tangga ke-8 liga dengan mengumpul 15 mata selepas 10 perlawanan yang telah diharungi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram