EPL: Manchester City Aibkan Manchester United Tanpa Belas Kasihan
EPL
Manchester City
Advertisements

Manchester United ditewaskan jiran setempat, Manchester City dengan jaringan 3-0 digelanggang keramat Stadium Old Trafford.

United menampilkan gandingan Jonny Evans dan Harry Maguire dibahagian pertahanan tengah dan mempertaruhkan Rasmus Hojlund selaku penyerang utama.

City pula menurunkan skuad terbaik mereka barisan pemain seperti Jack Grealish, Julian Alvarez, Phil Foden dan Erling Haaland dibahagian serangan pasukan.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan dan gerakan berbahaya.

Namun malang buat United apabila pada minit ke-24 VAR memberikan sepakan penalti kepada City setelah Hojlund melakukan kekasaran kepada Rodri didalam kawasan kotak penalti.

Advertisements

Erling Haaland tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan City dihadapan.

United berpeluang menyamakan kedudukan menerusi percubaan Scott McTominay namun Ederson pantas menepis untuk menidakkan serangan itu.

Advertisements

Pada minit ke-49, gerakan menarik daripada jentera serangan City menyaksikan Erling Haaland mudah menanduk masuk gol kedua setelah menerima hantaran daripada Bernado Silva.

Haaland sekali lagi memainkan watak penting apabila hantaran beliau berjaya disudahkan Phil Foden untuk gol ketiga City.

Advertisements

Dominasi City berjaya mengucar-kacirkan pertahanan United malah City berjaya melakukan 21 percubaan ke arah gawang gol United dalam perlawanan ini.

Manchester City meranapkan api semangat United yang beraksi dilaman sendiri apabila berjaya menewaskan United 3-0 untuk meraih kemenangan kelapan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram