Euro 2024: Siaran Langsung Aksi Sepanyol & Perancis Awal Pagi Ini
MakanBola
Euro 2024
Sponsors

Euro 2024: Siaran langsung aksi separuh akhir antara Sepanyol dan Perancis mencuri tumpuan awal pagi ini.

Perjalanan penuh liku dilakui oleh kedua-dua pasukan dalam merebut satu tiket ke final edisi kali ini.

Ad
Sponsors

La Roja berjaya mengatasi cabaran hebat Jerman dengan keputusan 2-1 sementara Perancis menyingkirkan juara 2016, Portugal menerusi penentuan penalti.

Ad

Detik kali ini penting buat kedua-dua pasukan dengan anak didik Didier Deschamps sudah pasti mahu mengekalkan momentum cemerlang sejak Piala Dunia 2022.

Penyokong berpeluang untuk menyaksikan aksi siaran langsung yang bakal disiarkan oleh SPOTV NOW awal pagi ini.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by MakanBola English (@makanbolaen)

Ad

Aksi antara Sepanyol dan Perancis bakal berlangsung pada Rabu, 10 Julai 2024 jam 3 pagi sementara satu lagi aksi separuh akhir melibatkan Belanda dan England pada 11 Julai 2024, 3 pagi.

Ad

Dua perlawanan EURO 2024 turut boleh ditonton secara langsung menerusi laman sesawang www.spotvnow.com

Perlawanan boleh ditonton secara terus di laman sesawang atau memuat naik aplikasi SPOTV NOW pada peranti mudah alih masing-masing sama ada Apple Store atau Google Store.