Perlawanan suku akhir saingan Euro 2024 pagi ini menyaksikan Sepanyol berjaya menewaskan tuan rumah, Jerman dengan keputusan 2-1.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Gaya permainan “robust” skuad kendalian Nagelsmann malam ini memaksa perancang tengah Sepanyol, Pedri dikeluarkan daripada padang akibat kecederan selepas diterjah oleh Toni Kroos.
Meskipun begitu, Sepanyol dilihat bersedia hadapi ancaman tersebut, lapan percubaan berjaya diterjemahkan oleh anak-anak muda Luis De La Fuente.
Separuh masa tamat, Sepanyol 0-0 Jerman.
Pada minit ke-51 permainan, kemasukan Dani Olmo menggantikan Pedri akhirnya membuahkan hasil. Olmo ledak gol pembukaan Sepanyol selepas menerima hantaran kemas daripada Lamine Yamal.
Ayam tambatan Jerman, Florian Wirtz menjaringkan gol penyamaan pasukan pada minit ke-89 permainan.
Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan, jaringan Florian Wirtz memberi peluang buat Jerman untuk ikat Sepanyol.
Separuh masa pertama bagi masa tambahan kekal tanpa jaringan daripada kedua pasukan.
Pemain gantian Sepanyol, Mikel Merino menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-119 permainan.
Pertahanan Sepanyol, Dani Carvajal dilayangkan kad merah pada minit masa tambahan ke-120 permainan selepas menjatuhkan Jamal Musiala.
Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Jerman akur dengan kekuatan Sepanyol.
Sepanyol mara ke separuh akhir dan akm bertemu Perancis pada 10 Julai ini jam 3 pagi waktu Malaysia.