Euro 2024: Wout Weghorst Punca Belanda Berbisa, Kalahkan Poland
MakanBola
UEFA EURO 2024
Sponsors

Euro 2024: Belanda merakamkan kemenangan 2-1 pada aksi pembukaan bertemu Poland.

Skuad kendalian Ronald Koeman mempertaruhkan gandingan Depay, Gakpo dan Xavi Simona untuk mengemudi jentera serangan Belanda.

Ad
Sponsors

Poland tampil bersederhana tanpa kelibat kapten pasukan, Robert Lewandowski bagaimanapun berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-16.

Ad

Tandukan cantik Adam Buksa meletakkan pasukan di hadapan selepas Virjil Van Dijk gagal mengawal penyerang itu dengan baik dalam kotak penalti.

Dominasi Oranje kembali mendominasi perlawanan dengan bintang Liverpool, Coady Gakpo kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras menewaskan Szczesny selang 13 minit.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-1 di Volksparkstadion.

Ad

Bersambung babak kedua, Belanda mahu mengukuhkan langkah di Euro 2024 apabila menggandakan asakan ke gawang lawan.

Asakan bertali-arus banyak dipersiakan oleh Belanda yang mendominasi hampir sebahagian besar perlawanan.

Peluang terbaik hadir menerusi percubaan Xavi Simons namun gagal menyudahkan peluang terbuka.

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila kemasukan pemain gantian, Wout Weghorst menjaringkan gol kemenangan menerusi satu rembatan kencang dalam kotak penalti.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan tamat dengan kemenangan memihak Belanda dengan keputusan 2-1 ke atas Poland.

Belanda akan bertemu Perancis manakala Poland akan. menentang Austria pada 22 Jun 2024.