Euro 2024: Tiada Siaran Langsung Percuma Untuk Rakyat Malaysia
Eropah
MakanBola
UEFA
Advertisements

Keinginan rakyat Malaysia untuk melihat bintang-bintang bola sepak Eropah dalam saingan EURO 2024 secara percuma kini tinggal harapan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai kepada MakanBola, Malaysia tidak menawarkan siaran langsung percuma semua perlawanan EURO 2024 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Advertisements

Sebelum ini, RTM pernah menyiarkan perlawanan-perlawanan kejohanan bola sepak bertaraf dunia seperti Piala Dunia 2018, EURO 2020 dan Piala Dunia 2022.

Justeru itu, ramai peminat bola sepak mengharapkan untuk saingan EURO 2024 kali ini, RTM akan dapat menyiarkan siaran perlawanan secara percuma.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilihat telah memberi bayangan perkara itu tidak berlaku disebabkan kekangan kos.

Ini kerana usaha menyiarkan EURO 2024 perlu diteliti dengan mendalam termasuk penilaian dari segi kos sebelum ianya dapat diteruskan.

Advertisements

Sekiranya perkara ini disahkan, Malaysia tidak akan mempunyai penyiar perlawanan untuk kejohanan bola sepak berprestij itu.

Berdasarkan maklumat, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam sudah mempunyai penyiar masing-masing untuk EURO 2024. Brunei menerusi Radio Televisyen Brunei (RTB), Singapura (Mediacorp), Indonesia (RCTI), Thailand (Channel 9 dan 11) dan Vietnam (VTV).

Advertisements

Peminat bola sepak yang memiliki akses kepada Astro boleh menonton perlawanan EURO 2024 menerusi saluran SPOTV.

News Comments Account