Faisal Halim: Dia Pemain Terbaik Yang Pernah Saya Bermain
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim akhirnya bertemu dengan lawan yang dianggap paling baik sepanjang kariernya.

Bintang Selangor FC itu baru sahaja tamat tugas bersama skuad kebangsaan dan membantu Harimau Malaya pulang dengan satu mata.

Menerusi satu temu bual oleh Astro Arena, pemain berusia 25 tahun itu sempat berkongsikan pengalamannya beraksi di pentas tertinggi Asia.

Advertisements

“Perasaan saya amat teruja. Saya bermain di pentas tertinggi dan satu padang dengan pemain yang berkelas dunia.”

Beliau juga mengakui belajar banyak perkara hasil aksi di Piala Asia AFC 2023 bersama Malaysia.

“Saya banyak belajar di sana untuk menjadi pemain terbaik. Saya bagaimanapun amat terharu dengan perwatakan dan cara Kim Min-jae.”

Advertisements

“Dia sangat tenang, pemain terbaik yang pernah saya bermain,” ujar Faisal Halim kepada Astro Arena.

Faisal juga menganggap rezeki memihak kepada skuad. kebangsaan apabila pasukan berjaya menjaringkan tiga gol untuk mengikat Taeguk Warriors 3-3.

Pemain kelahiran Penang itu kekal berbakti buat Selangor FC bagi musim 2024/25.

Advertisements

Tugas Harimau Malaya selepas ini adalah bertemu Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di laman lawan untuk mengekalkan rekod cemerlang tanpa tewas setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram