Faisal Halim Kekal Berbakti Buat Selangor Musim 2024/25
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memilih untuk kekal bersama pasukan.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting buat The Red Giants sehingga mampu mara ke pentas Asia musim ini.

Beliau memperagakan aksi yang cukup cemerlang dan membentuk gandingan mantap bersama penyerang sensasi, Ayron Del Valle di bahagian serangan pasukan.

Advertisements

Sebelum ini, masa depan beliau menjadi tanda tanya selepas CEO pasukan, Dr. Johan Kamal mengakui beberapa perkara masih dalam perbincangan.

Menerusi satu pengumuman oleh Selangor, anak jati Penang itu memilih untuk terus kekal membawa cabaran pasukan bagi musim 2024/25.

Faisal juga berjaya membantu Harimau Malaya meraih satu mata berdepan pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dan memungut tambahan +12.29 mata FIFA.

Advertisements

Pada musim lalu, Faisal berjaya meledak 12 gol dan 8 bantuan fol dalam 22 penampilan bersama Selangor.

Khidmat beliau sudah pasti ditagih oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe bagi membawa cabaran pasukan di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram