Tanda Harga Faisal Halim Kini Cecah RM2 Juta
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mencatatkan nilai pasaran yang amat memberangsangkan apabila tanda harganya kini melepas angka RM2 Juta.

Bintang sensasi The Red Giants ini membuat keputusan untuk membawa haluan baharu ke Lembah Klang dan meninggalkan Terengganu FC pada musim ini.

Keputusannya dilihat tepat apabila beliau mula menjadi tunang utama pasukan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Bekas pengendali kebangsaan itu juga memuji keserasian Faisal Halim yang mudah membentuk kerjasama dengan rakan sepasukan.

Pemain berusia 25 tahun itu juga cemerlang merekodkan 12 jaringan dan 8 bantuan jaringan dalam 22 penampilan.

Beliau yang mesra disapa Mickey ini menunjukkan sisi berbeza sebagai seorang pemain apabila turut cemerlang bersama Harimau Malaya musim ini.

Advertisements

Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai pasaran Faisal Halim kini mencecah 400,000 Euro bersamaan (RM2 Juta) berbanding RM1.9 Juta pertengahan bulan lalu.

Beliau memberitahu tentang perasaan syukurnya apabila berjaya membantu Selangor untuk layak ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bagi musim 2024/25.

@fariszukeiman

Faisal Halim tak layan sebarang provokasi di media sosial. ✍️ Follow: @MakanBola #MakanBola #Malaysia #FaisalHalim

♬ original sound – faris.z – faris.z

Mengulas lanjut tentang sindiran dan perlian sesetengah pihak terhadapnya, anak jati Mengkuang Titi, Penang ini enggan ambil kisah tentang cakap kosong dari luar padang sebaliknya terus fokus dan lebih termotivasi untuk bermain bersama Selangor. 

Advertisements

“Ya itu terpulang pada diorang, saya tak pernah peduli apa yang orang nak kata dekat saya. Saya hari-hari di sindir daripada satu laman tu, semua orang tahu.”

“Tapi saya tak pernah kisah pun, lagi awak kata lagi saya bersemangat untuk bermain buat pasukan Selangor,” ujar Faisal kepada wartawan MakanBola, Faris Zukeiman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram