Faisal Halim: Saya Tak Peduli Apa Orang Kata
Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan kejayaan pasukan Selangor menamatkan saingan di kedudukan terbaik dalam kempen Liga Super 2023.

Berjaya melayakkan diri ke Asia musim depan, Faisal berpendapat kejayaan itu merupakan hasil kerja keras dan kesungguhan daripada rakan sepasukan. Bagi Faisal, Selangor berada dalam momentum terbaik untuk tahun ini.

“Semua ini bukan hasil kerja saya seorang, hasil kerja pasukan. Saya rasa Selangor musim ini dalam momentum yang baik, kita perlu perbaiki untuk tahun depan InsyaAllah sekiranya saya masih bersama Selangor.”

Advertisements

Mencatat rekod sebagai penjaring terbanyak tempatan bersama pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi, Faisal bersyukur beliau mampu meledak sebanyak itu buat pasukan. Pemain berusia 25 tahun ini memberikan kredit kepada semua pemain Selangor yang membantunya sepanjang musim ini.

“12 gol untuk tahun ini bukan kerja saya, kerja dari rakan sepasukan. Kalau tiada diorang, mustahil untuk saya dapatkan 12 jaringan.”

Advertisements

Mengulas lanjut tentang sindiran dan perlian sesetengah pihak terhadapnya, anak jati Mengkuang Titi Penang ini enggan ambil kisah tentang cakap kosong dari luar padang sebaliknya terus fokus dan lebih termotivasi untuk bermain bersama Selangor.

“Ya itu terpulang pada diorang, saya tak pernah peduli apa yang orang nak kata dekat saya. Saya hari-hari di troll daripada satu page tu, semua orang tahu. Tapi saya tak pernah heran pun, lagi awak kata lagi saya bersemangat untuk bermain buat pasukan Selangor,” ujar Faisal kepada MakanBola.

Advertisements

Untuk tahun 2023, Faisal berjaya merekodkan sebanyak 12 jaringan dan 8 bantuan jaringan. Musim pertama bersama Selangor, Faisal telah menjulang skuad Merah Kuning ke pentas Asia musim depan apabila The Red Giants diangkat sebagai Naib Juara Liga Super 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram